Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ada tak cara nak jadi hensem?
Ada. Nanti aku kongsikan yer. Bab hensem ni aku malas nak sembang sangat la. Aku tahu aku bukanlah seorang lelaki kacak yang hensem. Walaupun tak hensem dan kacak, tapi, “manis” tu tetap ada. Kalau bukan kerana “manis” yang ada ni, mesti susah nak dapat isteri yang cantik macam kat rumah tu. Mesti juga dia tak akan jatuh cinta pada pandang pertama.
gambar sekadar hiasan.Tiada kena mengena yang masih hidup atau yang sudah meninggal.
Akan tetapi, selepas kawin, aku rasa macam malas dah nak jadi lelaki hensem. Aku nak jadi seorang lelaki yang tak hensem sangat dan tak kacak sangat. Paling busuk pun, bila isteri tengok aku, dia akan rasa geram semacam aje. Bila dah peluk tu, memang susah sangat nak lepas. Itulah rahsia kebahagiaan rumahtangga yang sedang dipraktikkan sekarang ni.
Satu teknik yang dipanggil teknik menggoda isteri tanpa kehenseman diri. Haha.
Entahla. Lepas aje kawin aku lebih selesa menjadi manusia yang “simple”. Lebih selesa pakai selipar jepun. Dan lebih selesa pakai baju t-shirt putih yang murah lagi berbanding baju singlet Pagoda tu.
Sampai naik bintik-bintik ular sawa pun, aku tetap juga memakainya.
“Apa abang ni… Pakai baju bintik-bintik ular sawa…”
“Macam tak ada baju lain…”“Kan abang pakai baju lain, nampak hensem pula. Bila abang hensem, ada la yang cemburunya…”
Walaupun begitu, aku tetap juga nampak hensem dimata isteri. Bak kata pujangga, pandang tak jemu, jamah tak puas. Haha.
Sebab tu bila keluar rumah aku lebih selesa berpakaian biasa aje. Kecuali datang ke pejabat. Yang ni memang kena ikut peraturan pejabat la. Lagipun ini pejabat bukan mak ayah aku yang punya.
Satu jer sebab kenapa aku tak suka kelihatan hensem dan kacak diluar rumah.
- Terasa ada perempuan cantik sedang merenun aku dengan perasaan cinta yang sungguh dasyat sekali. Dan paling teruk, setiap langkah yang dihayunkan, terasa ada perempuan yang mengekori.
Huhhh. Seram gak bila rasa macam ni. Sebab tu kalau korang tengok aku, sikit pun tak kacak. Hensem lagi la. Kelaut semuanya. Haha.
Sebab tu aku selalu pesan kepada diri sendiri. Jangan cuba nak jadi hensem. Biar tak hensem, asalkan isteri suka tenun lama-lama.
Dan korang pun mesti nak aku kongsikan bagaimana cara untuk kelihatan hensem kan?
Satu jer petuanya yang korang patut amalkan.
- Jangan tinggal solat 5 waktu. Dan kalau boleh setiap saat mesti ada wudhuk kat badan.
Ya. Itu satu petua yang sangat berkesan untuk korang amalkan. Senang aje kan?

No comments:
Post a Comment